Monday 28 August 2006

PARIAH HADHARI ATAU ISLAM HADHARI?

Penulis hairan. Penulis merasa pelik. Hairan kerana di manakah letak sebenarnya konsep Hadhari di dalam pentadbiran Pak Lah a.k.a the lame duck? Apakah maksud sebenar Hadhari itu sendiri?

Maafkan penulis, kerana penulis sebenarnya tidak tahu dan tidak faham konsep Islam Hadhari. Ini disebabkan penulis, sepanjang hidup penulis tidak pernah langsung belajar dan mendengar konsep ini! Apa yang penulis tahu, Islam dibawa oleh Nabi Muhammad hampir 1400 tahun lalu, adalah Islam yang telah kita anuti 3 tahun sebelum ini. Tapi semenjak Pak Lah a.k.a the lame duck Prime Minister menjadi Perdana Menteri, kita dikejutkan dengan Islam Hadhari!

Apa yang cuba penulis katakan di sini ialah konsep Islam Hadhari ini sendiri. Adakah salah satu konsepnya ialah tidak menghormati warga tua? Termasuk tidak menghormati bekas pemimpin sendiri? Wajarkah Perdana Menteri a.k.a the lame duck membenarkan kecaman demi kecaman dilemparkan kepada bekas Perdana Menteri? Salah seorang yang kuat mengecam Tun Dr. Mahathir ialah Nazri “the bulldog” Aziz.

Di manakah Pak Lah a.k.a the lame duck? Mengapakah dia mendiamkan diri? Terbaru, anak menantu kesayangannya mengecam MCA, kononnya parti ini akan mengambil kesempatan ke atas kekalutan dan kekacauan yang berlaku di dalam parti UMNO. Inilah beruk kesayangan Pak Lah yang telah mengeluarkan bunyi bising lagi, sama seperti yang pernah dia lakukan sebelum ini dengan menjadi “monkey star” semasa berlangsungnya mesyuarat Forum ASEAN, di KLCC 28hb Julai lalu.

Gelagat dia mengecam MCA, dengan menuduh MCA sebagai parti ambil kesempatan ini persis mengenai batang hidungnya sendiri (penulis tertanya, jika Naib Ketua Pemuda ini spesis beruk Belanda, maka dia mempunyai hidung yang panjang melengkong ke bawah!). Ini kerana, sepanjang dia menjadi Naib Ketua Pemuda pun, dia terpilih menduduki jawatan itu kerana ehsan bapa mertuanya yang juga Presiden UMNO. Di sini, siapakah sebenarnya yang mengambil kesempatan?

Beruk ini, seekor beruk muda (penulis tidak mahu menggambarkan secara jelas dan nyata tapi yakin pembaca Bacalah tahu siapa yang penulis maksudkan!) telah berjaya mempengaruhi keadaan semasa dan keadaan sekarang.

Siapakah dia, yang berani untuk mengatakan kepada Tun Dr. Mahathir sebagai beruk? Benar, dia tidak mahu mengakui bahawa ungkapan beruk itu sebenarnya ditujukan kepada Tun, tetapi di dalam politik itulah hakikatnya. Inilah yang menghairankan penulis tentang konsep Islam Hadhari ini. Adakah Pak Lah a.k.a the lame duck langsung tidak menegur menantu kesayangannya ini atau sememangnya dia sendiri tidak pandai mengajar anak menantunya supaya menghormati golongan tua?

Apakah tindakan yang telah diambil oleh Pak Lah a.k.a the lame duck ke atas cacian-cacian dan juga kecaman yang dilemparkan kepada Tun Dr. Mahathir? Penulis tahu jawapannya. Dia hanya berdiam diri, tumpukan kepada RMK 9 dan hanya mampu berkata “I don’t know” dan “I’m not involved!” apabila ditanya.

Pergerakan Pemuda UMNO, telah muncul sebagai pergerakan komedia de-arte (atau membawa maksud komedi improvisasi yang bermula sekitar abad ke-16 di Itali. Pelaku (bukan pelakon) diberikan senario di dalam bentuk outline dan akan mempersembahkan persembahan mereka) dewasa ini. Penulis ada sebab dan alasan untuk mengatakan begini.

Mengapakah pergerakan ini secara membabi buta mengeluarkan kenyataan seperti yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia 28/8/2006? Berikut ialah petikannya.

Pergerakan Pemuda UMNO meminta pihak tertentu menghentikan tekanan terhadap Naib Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin berhubung kenyataannya baru-baru ini yang dikatakan tidak disenangi oleh MCA. Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pergerakan itu tidak akan tunduk dengan desakan mana-mana pihak yang menggesa Khairy memohon maaf secara terbuka.

Menurut beliau, Khairy sebelum ini telah menjelaskan bahawa isu tersebut timbul ekoran salah faham beberapa pihak dan ia tidak perlu diperbesarkan sehingga mencetuskan polemik politik yang baru.

“Kenapa perlu desak minta maaf lagi dalam keadaan Khairy kata perkara itu merupakan salah faham. Saya cukup marah... apa ini? Ada yang hendak mengambil kesempatankah?

‘‘Saya ingin tegaskan, Pemuda UMNO tidak bersikap baling batu sembunyi tangan, sebaliknya kita baling batu dan kita tunjuk tangan kita. Kita akan pastikan ia sampai kepada sasaran kita,” tegasnya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Selangor, di sini hari ini.”


Mereka perlu tahu bahawa kesilapan “beruk” ini ialah dia mengeluarkan kenyataan yang lebih kepada retorik sahaja dan bukannya mempunyai sebarang niat untuk merapatkan barisan di dalam parti Barisan Nasional! Apakah dengan mencabar (hakikatnya kenyataan “beruk” ini seolah mencabar parti MCA) dan mengeluarkan amaran, kepada parti kedua terpenting di dalam Barisan Nasional, “beruk” ini akan dianggap sebagai jaguh parti UMNO?

Lupakah “beruk” ini tentang consensus yang telah dipersetujui oleh parti-parti yang ada di dalam Barisan Nasional (sebelum ini ia dikenali sebagai Perikatan) ini? Ataupun mungkin “beruk” ini lupa atau mungkin tidak tahu? Ketua pergerakan Pemuda, Hishamuddin Hussien, seorang pemimpin “tidak cerdik” menambahkan lagi ketegangan di dalam isu ini apabila dia dengan berhemahnya berkata kesemua cawangan pergerakan Pemuda menyokong tindakan “beruk” ini!

Mungkin dia benar-benar tidak cerdik atau dia terlupa bahawa ada kumpulan Pemuda yang tidak menyokong kepimpinan sekarang, seperti apa yang dicerminkan oleh Pergerakan Pemuda Petaling Jaya Utara pada 13hb Ogos lalu apabila mereka menganjurkan satu majlis dialog bersama Tun Dr. Mahathir. Dan semua tahu di dalam majlis itu ramai yang menyokong ucapan-ucapan Tun Dr. Mahathir. Jadi, di manakah letaknya sokongan yang kononnya diberikan oleh semua perwakilan Pemuda?

Nazri “the bulldog” Aziz, seperti biasa meminta supaya “beruk” ini jangan tunduk kepada gesaan dan desakan MCA. Kononnya, demi maruah UMNO. Penulis hairan, sejak bilakah maruah UMNO ini diletakkan ke atas seorang pemuda yang baru berusia 30 tahun dan baru sahaja 6 tahun menganggotai UMNO. Bukan itu sahaja, kemenangannya sebagai Naib Ketua Pemuda juga dilihat sebagai kemenangan haprak!

Penulis ingin juga menyentuh tentang terminologi terbaru Tun Dr Mahathir, selain daripada terminologi beliau seperti haprak, half past six dan yang terbaru, pariah! Berikut ialah petikan dari New Straits Times 28/8/06 ;

From being a former prime minister and Umno president to a pariah, this is how Tun Dr Mahathir Mohamad described his situation nowadays.

Dr Mahathir, who once ruled the party and the nation for 22 years, said he was insulted that the party was now trying to gag him. And he was upset at what he deemed a new party culture whereby those who wished to speak up were censored and heaped with insults.

"This seems to be the new party culture. They prevent members from speaking up and only those who support them get to speak. I am the former party president yet they don’t want me to talk to the members. I can’t even meet them. Universities are barred from inviting me and newspapers are prevented from reporting about me.

"I am becoming a pariah in the party," he said at the Sultan Abdul Halim airport here.

Seorang bekas Presiden, bekas Perdana Menteri selama 22 tahun telah menganggap dirinya sebagai seorang pariah. Menurut kamus Dewan, pariah bermaksud “orang atau kasta dari golongan yang paling rendah (dalam agama Hindu)”. Adakah beliau telah meletakkan diri beliau sebegitu, atau ianya satu kenyataan merajuk?

Penulis ingin merujuk kepada persidangan Agung MCA baru-baru ini. Turut kelihatan di atas pentas, bersama dengan Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting dan Timbalan Presiden Datuk Seri Chan Kong Choy ialah bekas Presiden dan Timbalan Presiden, YABhg Tun Dr. Ling Liong Sik dan Tan Sri Lim Ah Lek.

Lihatlah bagaimana MCA memartabatkan bekas pemimpin mereka. Walaupun umum tahu MCA dahulu pernah berpecah kepada Team A dan Team B, antara Tun Dr Ling dan Tan Sri Lim, namun demi pembangunan sosial, hak dan kesatuan sejagat bangsa Cina mereka sanggup bury the hatchet (José, ia bermaksud melupakan segala persengketaan!). Penulis dapat lihat di sini kematangan politik kaum Cina yang bagi penulis patut dicontohi oleh parti-parti politik yang lain (khususnya UMNO!)

Tidakkah UMNO merasa malu, kerana sebuah parti yang berasaskan kepada kaum Cina, parti MCA lebih pandai dan tahu menunjukkan rasa hormat mereka kepada bekas pemimpin mereka. Semua sedia maklum bahawa kaum Cina cukup menghormati kaum tua dan mereka amat menyanjungi kaum tua ini kerana bagi mereka, tanpa yang tua tidak akan ada yang muda.

Tetapi nampaknya, parti UMNO yang kononnya memperjuangkan agama Islam dan bangsa Melayu tidak mencerminkan dengan apa yang diajar oleh agama dan adat bangsa kita iaitu menghormati yang tua, walaupun apa yang berlaku.

Penulis ingin mengingatkan lagi para pembaca blog Bacalah (José, itupun jika ada!) bahawa penulis bukanlah seorang yang mengampu bekas Perdana Menteri dan menyokong beliau membabi buta (tidaklah seperti pemimpin sekarang yang terus menyokong Perdana Menteri walaupun dia telah menggadai maruah negara kita!).

Tetapi penulis menyokong beliau atas dasar menghormati jasa-jasa dan mengenang tentang perjuangan yang telah beliau lakukan kepada negara selama ini. Siapalah kita 22 tahun sebelum ini, jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir yang telah menjadikan negara kita lebih maju, moden dan progresif jika dibandingkan dengan negara-negara Islam yang lain.

Walaupun dibuat perbandingan antara negara seperti Turki (yang diragui status negara Islamnya), negara kitalah di antara negara Islam yang tidak perlu tunduk kepada Amerika Syarikat, jika dibandingkan dengan Iraq mahupun Arab Saudi. Dalam pada itu, penulis juga tidak sanggup negara kita menjadi pariah kepada negara lain sehingga kita hilang maruah agama, bangsa dan agama kita sendiri.

Penulis tidak kisah jika Perdana Menteri a.k.a the lame duck a.k.a the zero Prime Minister memilih untuk tidak memberikan sebarang komen tentang tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang dan membiarkan menteri berkenaan menjawab setiap tuduhan (penulis tidak pasti samada ini tindakan paling tidak cerdik atau sebaliknya)!

Pemilih juga tidak kisah jika Perdana Menteri a.k.a the lame duck a.k.a the zero Prime Minister memilih untuk berkata dengan angkuhnya bahawa dia Perdana Menteri dan dia berhak menentukan arah tuju negara (tidakkah ini satu bentuk keegoan dan bentuk keangkuhan yang dilarang oleh agama Islam? – bukan Islam hadhari!) kerana ini secara tidak langsung mencerminkan bagaimana songsangnya ajaran sebenar Islam Hadhari dari ajaran Islam sebenar!

Tapi apa yang penulis kisahkan ialah perlunya kita menghormati orang yang lebih tua daripada kita dan yang paling penting ialah perlunya kita memberikan ruang kepada golongan yang lebih berpengalaman membuat teguran kerana tanpa golongan ini, tidak mungkin kita akan menjadi Perdana Menteri, ketua pegawai eksekutif mahupun menjadi Ketua Pemuda!

Perlukah kita mengkaji semula ajaran Islam yang telah kita anuti selama ini atau perlukah kita bertanya kepada diri kita, adakah wujud Islam Hadhari pada zaman nabi? Atau adakah ianya sekadar polemik politik semata-mata dari seorang Perdana Menteri yang tidak cerdik dan hanya menantikan masa untuk disingkirkan mahupun dicabar jawatannya?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

Monday 21 August 2006

MERDEKA HALF PAST SIX...!

Oleh - Hesmel Faznee Ahmad Faisal

Tajuk di atas diharap akan mencerminkan dengan isu-isu yang berlaku sejak kebelakangan ini. Perkataan half past six itu telah diucapkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad (seperti biasa, penulis tidaklah memuja ataupun menyokong beliau secara membabi buta seperti segolongan pemimpin mahupun wakil rakyat sekarang, atau lebih tepat "kami sokong! tapi tak tau sokong apa! di dalam menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri!) bagi menggambarkan kerajaan Malaysia yang terdapat sekarang.

Penulis agak sibuk kebelakangan ini. Sibuk melihat pelbagai penafian. Penafian daripada pelbagai pihak. Ada pihak yang cuba menafikan perkara ini. Ada pihak yang cuba menafikan perkara itu, namun hakikatnya kita sendiri yang menjadi bingung dengan pelbagai penafian daripada pelbagai pihak.

Terbaru, seekor beruk cerdik pandai telahpun menjual setandan pisang yang telah dibelinya (José, cakap biar berlapik) kepada pihak yang tertentu. Menurut cerita, beruk ini ingin menumpukan perhatiannya di dalam kemahiran memanjat dari satu pokok ke pokok yang lain. Oleh yang demikian, ia tidak mahu dilihat mengusung setandan pisang yang banyak. Ini kerana, beruk ini bimbang ianya mungkin akan mendatangkan perasaan cemburu dari beruk-beruk lain!

Penulis ingin menarik perhatian para pembaca blog Bacalah (José, itupun kalau ada!) tentang kemerdekaan. Kemerdekaan kita yang ke-49 tahun. Kepada rakyat Semenanjung Malaysia, sudah 49 kali kita merasakan kemerdekaan. Kepada rakyat Sabah Sarawak, 42 tahun kita Merdeka!

Izinkan penulis untuk berkongsi cerita tentang bermulanya episod penjajahan negara kita yang dijajah selama 450 tahun. Satu tarikh yang agak lama! Ianya bermula apabila Portugis berjaya menawan Goa (di India, José). Portugis mendapati bahawa India tidak dapat memberikan mereka sebarang bentuk kekayaan dari segi rempah dan lain-lain lagi, sebaliknya Selatan Asia (baca Melaka) yang mampu memberikan kekayaan kepada mereka.

Selepas berjaya mengumpul maklumat-maklumat penting dari setiap pelayar yang berlabuh di Goa, mereka mendapati bahawa sesiapa yang memerintah Melaka itu persis mempunyai keupayaan untuk menjatuhkan kerajaan Venice (di Itali, yang terkenal dengan botnya itu, José!). Oleh kerana ingin menembusi kekuatan ketenteraan Melaka, Portugis telah menghantar 5 buah kapal perang di bawah Komander Diego Lopez de Sequeira (José, tiada kena mengena dengan Jennifer Lopez!)

Mereka telah melabuhkan kapal mereka, buat pertama kalinya ke tanah Melayu, pada 11hb Ogos 1509 (hampir 500 tahun lalu, José!) de Sequeira telah menghantarkan kapten-kaptennya ke darat untuk menghantar utusan dan hadiah untuk Sultan Melaka (José, bukankah orang Melayu ini suka benar dengan hadiah-hadiah dan pangkat serta gelaran?). Memandangkan orang-orang Melaka (baca Melayu) tidak pernah melihat bangsa Eropah ini, mereka merasa hairan dan pelik dengan paras rupa bangsa ini.

Bendahara (baca Perdana Menteri) telah menerima segala hadiah pemberian dari Portugis. Pada mulanya, golongan Peringgi ini telah dilayan dengan baiknya tetapi segalanya mula berubah apabila orang-orang Arab dan India Muslim mula memujuk Sultan supaya tidak begitu mempercayai kaum penjajah ini (penulis terasa macam ada dejavu dalam perenggan ini!)

Mereka memberi amaran kepada Sultan Melaka bahawa Peringgi tidak berminat untuk berdagang sebaliknya mereka bercadang untuk mengambil segala urusan perdagangan yang terdapat di Melaka pada ketika itu (José, dalam kata lain, mereka nak menjajah!)

Sebuah plot telah dirancangkan untuk menangkap Peringgi dan juga menyerang armada kapal mereka. Malangnya, rancangan ini gagal apabila seorang gadis yang sedang bercinta dengan salah seorang anak kapal Peringgi itu membocorkan rahsia. Rancangan ini kemudian telah sampai kepada Kapten Ruy De Aranjo.

Apabila penduduk tempatan mendapati rancangan mereka telah berjaya dihidu oleh Peringgi, mereka terus menangkap Kapten Ruy dan 20 anak kapalnya yang tidak bersenjata, semasa dia bersama anak-anak kapalnya itu sedang membeli barangan di pasar Melaka.

Apabila Alfonso D’ Albuquerque, kerajaan Portugis dan Gabenor mendapat berita penangkapan Kapten Ruy dan anak-anak kapalnya, di telah mengarahkan supaya 18 buah kapal perang, bersama dengan 1,400 orang yang terdiri daripada 800 askar Portugis dan 600 askar Malabar India (José, askar Malbari!) menyerang Melaka. Portugis telah memasuki Melaka (atau menjajah!) pada 1hb Julai 1511 dengan tujuan untuk menjajah dan memerintah Melaka.

Penulis ingin menarik perhatian tentang point yang menarik di atas cerita di atas. Ratanya, ia berkisar tentang penjajahan, seterusnya tentang kemerdekaan. Kemerdekaan yang kita rasa selepas dijajah selama hampir 450 tahun! Penulis lihat, ada beberapa pihak tertentu menggesa rakyat (baca rakyat Malaysia) menunjukkan sifat patriotisme kepada negara dengan mengibarkan bendera Malaysia (Jalur Gemilang, apa bezanya? Ia tetap kelihatan seperti bendera Amerika!)

Penulis ingin memetik kata-kata Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu semua pihak menghentikan secara muktamad perbincangan mengenai isu jambatan dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana isu itu sudah dijawab dan dijelaskan berulang kali oleh kerajaan dan tidak perlu lagi dipanjangkan. Najib berkata, perbahasan mengenai isu itu tidak seharusnya dibiarkan kerana ia akan menjejaskan tumpuan kepada pembangunan yang lebih diperlukan rakyat.

Penulis sebenarnya ingin memaklumkan kepada para pembaca blog Bacalah (José, itupun jika ada!) bahawa penulis tidak sekali-kali memuja dan menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang individu (seorang pencen yang jasanya kini telah dilupakan. Buat apa penulis membodeknya bukan?) yang menentang keras pembatalan jambatan bengkok ini.

Apa yang menghairkan penulis ialah, mengapakah Kerajaan, termasuk Pak Lah a.k.a the lame duck a.k.a typical Government servant begitu yakin yang mereka telah memberitahu dan menjawab semua soalan berkaitan “cynical bridge” ini? Sebenarnya banyak lagi jawapan yang kelihatan tergantung persis dibiarkan tanpa sebarang jawapan!

Penulis sudah bosan dan merasa cemuh membicarakan tentang perkara ini berkali-kali, tetapi penulis ingin sekali mengaitkan peristiwa ini dengan sambutan kemerdekaan yang nampaknya semakin lama semakin tidak diendahkan lagi oleh orang ramai!

Apabila negara kita khususnya pemimpin tertinggi negara (José, terpikir juga penulis, adakah negara kita ini sekarang mempunyai 2-3 Perdana Menteri?!) telah hilang keberanian, maruah dan juga harga diri? Sebagai contoh, mengapakah negara kita tidak mahu membawa kes ini ke Mahkamah Antarabangsa? Kemanakah hilangnya semangat alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan?

Penulis sebenarnya tidak mahu membincangkan secara lanjut tentang perkara ini. Cuma apa yang penulis harapkan sambutan Kemerdekaan tahun ini akan lebih meriah dan lebih bererti. Apalah gunanya menyambut hari Kemerdekaan tetapi kita seolah-olah dipaksa untuk mempamerkan bendara Malaysia (entah apa bezanya Jalur Gemilang dan bendera Malaysia!) oleh Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan.

Sepatutnya Kerajaan memberikan penekanan terhadap sejarah lampau, merombak semula muzium dan juga pameran-pameran yang terdapat di Memorial-memorial dan juga Muzium Negara kita. Jangan sembunyikan fakta-fakta yang menakutkan seperti bagaimana begitu sukar pahlawan-pahlawan dahulu kala melawan penjajah demi menuntut kemerdekaan. Sekadar mengibar bendera Malaysia (baca: Jalur Gemilang) dan menyanyikan lagu Jalur Gemilang, amatlah tidak cukup!

Apa yang penting, kita perlu memupukkan perasaaan sedih dan hiba semasa menyambut Kemerdekaan kerana daripada situ, barulah kita akan benar-benar menghayati dan menghargai pengorbanan pahlawan dahulu kala menuntut kemerdekaan! Adalah tidak cukup jika kita sekadar berkumpul di Padang Merdeka (baca - Dataran Merdeka) pada tiap-tiap malam menjelang 31hb Ogos dan mengadakan konsert! Sepatutnya kita perlu merubah konsep menyambut kemerdekaan dalam keadaan gembira kerana perasaan sedih juga perlu dipupuk pada tiap-tiap tahun menyambut kemerdekaan.

Penulis tahu, ramai yang menyangkal cadangan supaya kita menyambut kemerdekaan dalam rasa sedih, tetapi percayalah jika kita bermelankolik dalam menyambut kemerdekaan, kita akan merasa sentimen dan lebih sensitif dengan pergorbanan yang telah dilakukan oleh pahlawan kita.

Apalah juga ertinya kemerdekaan jika kita seolah telah menyerahkan maruah dan intergriti negara kita kepada pihak tertentu? Penulis tidak berniat untuk menghasut mahupun memburukkan keadaan, tetapi sekadar bertanya kembali.

Adakah kita benar-benar merdeka seandainya apa jua yang ingin kita lakukan kini terpaksa dibatalkan kerana didesak oleh pihak-pihak tertentu? Adakah benar-benar bererti merdeka kita ini jika kenderaan kebangsaan kita kini semakin diketepikan dan digantikan oleh kenderaan dari negara asing? Adakah kita benar-benar merdeka jika kini setiap perkara yang ingin kita lakukan terpaksa dikawal dan sebagainya?

Jika jawapan di atas kebanyakannya berbunyi ya, ternyata kita “merdeka” di dalam konteks kemerdekaan yang telah diprogram, dan bukannya merdeka dalam ertikata merdeka yang sebenar!

Kita kan tersesat pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

Thursday 10 August 2006

SARAH DAN PUTERI, MENGAPAKAH NASIBMU BERBEZA?

Oleh – Hesmel Faznee Ahmad Faisal

Penulis amat meminati teater. Minat ini timbul selepas penulis pertama kali menonton teater Pi Mai Pi Mai Tang Tu, yang telah dipentaskan di USM pada tahun 1993. Tidak hairanlah jika penulis telah membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Halus di Universiti Sains Malaysia, dalam bidang Lakonan dan Pengarahan. Penulis berjaya memperolehi ijazah tersebut tanggal 8hb Ogos 2003 (tarikh tersebut agak ironic namun begitu, biar penulis sahajalah yang tahu apa ironinya!).

Namun begitu, penulis berharap janganlah sesiapa meletakkan gambaran bahawa penulis adalah seorang pelakon yang cemerlang di dalam bidang ini! Penulis hanya mampu untuk memberikan sumbangan di dalam bidang kreativiti dan juga dari sudut musical effect di dalam sesuatu persembahan teater sahaja. Lakonan merupakan satu aspek lemah penulis dan sehingga kini penulis tidak mampu untuk mengatasinya!

Teater adalah sebahagian daripada gaya dan cara hidup kita. Ia seolah menjadi sebahagian daripada kebudayaan dan nafas lelah hidup kita. Mungkin ramai yang tidak nampak atau pura-pura tidak nampak tentang kesatuan ini! Lihatlah aksi seorang ahli politik yang cuba mengelak tentang sesuatu isu. Dengan gaya dan lakonan yang mantap, dia hanya mampu berkata, “kita mahu memfokuskan kepada rancangan.. atau saya tidak terlibat” mahupun seorang peniaga yang mencari kesempatan ke atas permintaan gula yang tinggi dengan berkata “gula sudah habis, kami harus menaikkan harga gula!”

Penulis memohon maaf kerana melencong jauh dari topik asal! Sebenarnya, penulis ingin bercerita tentang persembahan teater hasil naskhah terbaru Sasterawan Negara, Dato’ Noordin Hassan (atau Cikgu Noordin) yang bertajuk Sarah. Ia dipentaskan di Stor Teater DBP mulai 9hb -12hb Ogos 2006.

“Kami semua belum lahir lagi. Tetapi ruh sudah pun ada. Ruh kami telah disoal, apa yakinkah kami yang Tuhan itu wujud? Lalu kami semua mengaku Tuhan itu wujud. Maka dengan pengakuan itu, sesungguhnya kami telah menjadi ruh yang bertanggungjawab.”

Berdasarkan kepada petikan dialog drama Sarah di atas, penulis yakin ada di antara pembaca blog Bacalah (José, itupun kalau ada!) merasakan sesuatu. Mungkin ada di antara mereka terus merasakan yang hasil terbaru Cikgu Noordin ini seolah-olah mempersoalkan kewujudan Tuhan (existentialism) seperti drama Bukan Lalang Ditiup Angin. Sebenarnya seperti apa yang selalu penulis nyatakan, “read between the lines!”

Kita tinggalkan sebentar tafsiran naskhah drama ini. Ini kerana, drama Sarah adalah naskhah terbaru dari Cikgu Noordin. Adalah tidak adil bagi penulis membuat analisis naskhah ini tanpa memberikan peluang kepada penonton menonton pementasan ini melalui pemerhatian secara langsung. Untuk rekod, ia dipentaskan di Stor DBP, sebuah tempat yang tidaklah segah Istana Budaya. Secara kebetulan, Puteri Gunung Ledang, sebuah persembahan “extra grandeur” turut dipentaskan di sana pada malam teater Sarah ini dipentaskan.

Jika penulis hendak membandingkan tahap keintelektualan dan pemikiran kritis teater Sarah dan PGL ini, ia diumpamakan persis langit dan bumi! Penulis berpeluang menonton kedua-dua pementasan ini. Ini bererti penulis bukan bersikap berat sebelah semasa membuat kenyataan ini.

Menurut sinopsis drama Sarah ini, Sarah atau nama penuhnya Sarah Isaac yang kemudian masuk Islam dengan nama Sarah Abdullah adalah wanita berketurunan Yahudi yang datang dari keturunan Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak. Sarah berkenalan dengan Syed Amir, lelaki berketurunan Arab yang kebetulannya berasal dari keturunan Nabi Ishak dan Nabi Ibrahim. Sarah melalui pelbagai onak dan duri sebelum bertemu dengan Syed Amir ini. Sarah mendapat “nafas” baru apabila dia diberikan sekeping tanah oleh Syed Amir. Rahimah adalah perlambangan wanita Melayu dan Pak Ku pula adalah dari golongan orang atasan yang sanggup turun dari kuasa semata-mata kerana kasih dan sayang. Sarah dan Syed Amir diadu-domba oleh Silbi (Iblis, José!) dan Subat (berketurunan Jin) yang sungguh irihati dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan hajatnya tercapai.

Jika dilihat dari segi binaan set teater Sarah, ia menepati antara ciri-ciri konsep poor theater, yang telah diketengahkan oleh Jerzy Grotowski (11 Ogos, 1933 – 14 Januari, 1999) seorang aktivis teater Poland. Menurut beliau, segala bentuk extra-ordinary spectacle ataupun kekaguman melampau (seperti PGL, José!) diketepikan dan apa yang lebih ditonjolkan ialah moral dan pemikiran sesuatu drama. Menurut beliau, teater adalah sebuah bentuk pembelajaran dan pengajaran kepada masyarakat. Jadi, setiap unsur kekaguman ini diminimakan dan yang lebih ditonjolkan hanyalah falsafah naskhah tersebut!

Melalui setnya, pengarah set Nazali Wahab telah membina sebuah platform bulat di tengah dan di wing kiri dan kanannya ditempatkan kain-kain carik dan dipenuhi dengan tempelan gambar-gambar candid para pelakon di dalam pelbagai aksi (José, maaf tidak ada aksi lucah di sini!). Seperti biasa, pentas bagi drama Cikgu Noordin kebanyakannya berbentuk suggestive (José, ini bermaksud cadangan!) dan untuk mencari set yang bersifat “mega” (bukan menyindir Tun, penulis adalah seorang yang mengenang budi!) anda takkan dapat memenuhi impian ini. Tidak ada langsung sebarang backdrop, hanya kain-kain buruk dan lusuh digantungkan, menghiasi ruang lakon ini.

Konsep pencahayaan, antara elemen kekaguman yang terdapat di dalam pementasan ini dibahagikan serta dikonsepkan kepada prinsip baik dan jahat. Warna biru (ketenangan/kebaikan) dan merah (kejahatan/ketegangan) dijadikan warna-warna sekunder dalam drama ini. Kemunculan watak Subat (yang dilakonkan dengan jayanya oleh Zaibo) dan Silbi (dibawa dengan “jahat”nya oleh Zaifri Hussin) ini menjadi begitu hidup dengan penggunaan lampu merah!

Dari segi lakonan dan pemahaman watak (José, jangan harap untuk melihat penghayatan di dalam lakonan sesuatu watak di dalam karya Dato’ Noordin Hassan) kebanyakan pelakon memahami dengan jelas dan teliti arahtuju watak-watak masing-masing.

Konsep lakonan yang dibawakan oleh para pelakon persis bentuk lakonan ala Makyong (José, para pelakon hanya berdiri di tepi pentas dan hanya akan in character apabila mereka memasuki ruang lakon pentas!). Penulis tidak mahu mengulas keberkesanan lakonan para pelakon secara individu, serta pemahaman watak-watak mereka. Namun secara keseluruhannya, penulis melihat kesungguhan para pelakon untuk membawakan mesej-mesej tersirat di dalam pementasan ini patut diberikan pujian.

Untuk memahami konsep drama Cikgu Noordin, penonton harus meletak ketepi konsep linear plot (José, ada awalan, pertengahan dan pengakhiran) dan harus bersedia untuk “menelan” plot episodic (José, ia mempunyai cerita di dalam cerita) dan plot cyclical (José, ini bermaksud plot kitaran yang membawa penonton kembali semula kepada cerita asal). Jadi, begitulah jua drama terbaru beliau ini.

Secara sepintas lalu, drama ini sebenarnya ingin mengetengahkan isu kekalutan antara bangsa Yahudi dan kaum Arab yang diterjemahkan melalui watak Sarah (seorang Yahudi) dan Syed Amir (berketurunan Arab). Secara ringkas, apa yang cuba hendak disampaikan oleh Cikgu Noordin ialah, walaubagaimana keadaan sekalipun, bangsa Yahudi dan Arab sebenarnya mempunyai susur galur sejarah dan keturunan yang sama, iaitu Nabi Ishak dan Nabi Ibrahim!

Selain daripada itu, Cikgu Noordin juga ingin menyampaikan secara kritis sikap segelintir masyarakat Melayu dan Islam secara khususnya, melalui watak Silbi dan Subat. Di antara maksud dialog-dialog yang diucapkan oleh Silbi kepada Subat ialah agama dan bangsa ini boleh dijual beli begitu sahaja. Penulis berpendapat, pada zaman sekarang, sesiapa yang mahu membuat tawaran tertinggi, maka dialah yang berjaya untuk membeli dan menjual agama dan bangsanya sendiri!

Akhir kata, penulis benar-benar berharap drama ini akan dipentaskan pula di Istana Budaya. Cukuplah sudah masyarakat kita (Melayu secara amnya!) mabuk dan mual dengan drama-drama dan pementasan yang memabukkan seperti PGL The Musical, Suzana @ 60 dan banyak lagi. Penulis tidak ada sebarang bantahan jika pementasan-pementasan extra grandiose ini dipentaskan bertujuan untuk membudayakan masyarakat dengan teater. Tetapi pihak tertentu juga harus ingat dan insaf, berapa ramaikah golongan muda kini yang mengerti dan memahami konsep teater tradisional kita? Tidak takutkah kita?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

Tuesday 8 August 2006

BERUK CERDIK, BERUK BODOH DAN BERUK SOKONGAN!

Oleh - HESMEL FAZNEE AHMAD FAISAL

Sebelum penulis bercerita dengan lebih lanjut, penulis ingin berkongsi sedikit mengenai haiwan yang terpopular kini iaitu, beruk atau dalam bahasa Inggerisnya, Pig-tailed Macaque. Ia merupakan salah satu daripada haiwan terlindung yang terdapat di banyak negara di Asia, termasuknya Malaysia, Indonesia, Thailand, Bangladesh, India, China, Burma, Laos, Kambodia. Nama saintifiknya Macaca nemestrina.

Beruk adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak sehingga mampu berdikari, dan mempunyai bulu di badan. Jantungnya terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel. Beruk mempunyai tempoh bunting selama 5.7 bulan (170 hari).

Ia mampu hidup selama 26 tahun. Beruk jantan biasanya mempunyai ketinggian 495 - 564 mm, sementara beruk betina pula mempunyai ketinggian antara 467 hingga 564 mm.

Mungkin ramai di antara “pembaca” blog Bacalah (José, itupun jika ada!) hairan, mengapakah penulis membangkitkan kisah beruk ini. Di Malaysia sekarang, terdapat banyak beruk! Baik beruk di hutan, beruk di bandar, mahupun “beruk dalam politik!” tetapi jangan terkejut jika ianya turut mempunyai kaitan rapat dengan peribahasa “anak di rumah mati kelaparan, beruk di hutan, disusukan”!

Terbaru, “hero bunga” Malaysia, Khairy Jamaluddin, menggelarkan mereka yang membawa berita-berita fitnah sebagai “beruk yang menggoncang pokok”! Ia berkait rapat dengan terminologi, “kalau angin tidak bertiup, masakan pokok boleh bergoncang”.

Khairy dikatakan berang dengan tuduhan pihak tertentu yang mengatakan dia mempunyai hubungan sulit dengan aktres Maya Karin. Menurut petikan di dalam Utusan Malaysia keluaran 7hb Ogos 2006, Khairy dilaporkan berkata “Saya tidak teringin berkahwin dengan pontianak”! (José, kalau pontianak itu, pontianak yang telah dipakukan di leher atau pontianak itu Maya Karin, penulis rela beristerikannya!)

Menurut Khairy, masih ada pihak yang tidak percaya bahawa dia tidak berkahwin dengan Maya walaupun telah memberi penjelasan secara terbuka semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, baru-baru ini.

Penulis tidak berminat langsung dengan kisah cintanya dengan Maya Karin. Jika ditakdirkan ianya benar sekalipun, apa salahnya? Ianya adalah lebih baik, daripada terus mengadakan perhubungan sulit tanpa direstui oleh bapa mertuanya, Pak Lah.

Berbalik kepada kisah, beruk. Penulis teringin untuk tahu dan untuk mendapat pendapat Khairy, tentang siapakah beruk yang dimaksudkan dia itu? Adakah, dia memaksudkan Tun Dr Mahathir Mohamad, secara tidak langsung? Ini kerana, kisah-kisah “cinta terlarang” nya dengan Maya Karin, bukanlah cerita baru.

Tetapi Tun Dr. Mahathirlah yang telah “membuka mata” ramai pihak tentang kewujudan dan campurtangan Khairy di dalam pelbagai bidang, baik dari segi ekonomi mahupun politik, dewasa kini. Ini terbukti dengan jawapan-jawapan yang diberikan Khairy, yang nampaknya mirip persis menyangkal tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan pimpinan bapa mertuanya! Bukankah ini indirectly membawa maksud he’s answering the accusations on behalf of the Government? (José, something fishy going on here!)

Adakah Tun Dr Mahathir yang sebenarnya dimaksudkan sebagai beruk oleh Khairy? Ataupun mungkin dia memaksudkan para bloggers yang menyebarkan kisah-kisah “cinta bunganya” dengan Maya Karin (José, ini zaman moden, kawin 2-4 dah jadi trend masakini! Itu belum masuk perempuan simpanan José)

Penulis tidak mahu menuding jari kepada dia (sekarang ni, di dalam blog pun, tutur bicara dan tulisan harus diawasi, José. Jadi tidak bolehlah penulis menulis sebarangan!) dan menuduh Khairy memberikan gambaran bahawa beruk itu adalah Tun Dr. Mahathir. Namun, apa yang perlu dilakukan ialah menjawab secara telus dan ikhlas dan terus terang, siapa yang dimaksudkan dia tentang beruk itu!

Khairy berkata, “Apa salah kami? Salahkah atau tidak bolehkah kami (walaupun anak dan menantu Perdana Menteri) memberi sumbangan kepada parti?. Apa pula sumbangan ‘beruk sarkas’ ini kepada parti?” Ini antara persoalan yang diajukan kepada orang-orang di sana. Penulis tidak mahu mengulas siapakah orang-orang itu, kerana seperti penulis bertanya, siapakah sebenarnya beruk sekarang ini?

Penulis ingin memetik kata-kata seorang Datuk di dalam blognya Gerbang Ruhanie. “Jadi, betulkah ini bezanya beruk sarkas yang kononnya suka menggoyang pokok, dengan beruk universiti yang suka berasmaradana dengan beruk betina? Memang tak jadi masalah. Beruk memang tak payah akad nikah. Beruk memang tak ada hukum zina. Beruk bukannya manusia. Tapi, beruk sarkas makan ajar. Beruk universiti pula main balun ikut suka aje.

Oleh itu, waspadalah kita semua. Ikut senario hari ini, beruk pun ada kastanya. Ada beruk sarkas, ada beruk lulusan universiti. Ada beruk bodoh, ada beruk cerdik. Ada beruk tak pandai main wayang, ada beruk pakar sandiwara. Ada beruk mengong, ada beruk pak turut. Ada beruk cakap ikut hidung, ada beruk cakap ikut exhaust. Beruk oh beruk!” (Bloggers, Beruk dan Lim Keng Yaik - www.kuda-kepang.blogspot.com)

Baru-baru ini, situduh sebenarnya dah pun menunjukkan yang di sebenarnya beruk! Penulis tidak mahu menamakan siapa tetapi penulis yakin ada segelintir yang tahu beruk manakah yang penulis maksudkan itu. Beruk sarkas ini telah memperbodohkan dirinya dan juga orang lain sewaktu mengetuai tunjuk perasaan anti AS sempena mesyuarat Forum ASEAN, Jumaat 28 Julai lalu.

Sebagai “beruk kesayangan” Pak Lah, dia harus tahu bahawa Pak Lah telah menjadi tuan rumah kepada mesyuarat itu dan ini umpama seekor beruk, yang marahkan orang ramai yang mengunjungi rumah tuannya.

Penulis tahu tindakan penulis ini mungkin akan menimbulkan kemarahan di kalangan kumpulan “kami sokong, tapi taktau sokong apa” dan masyakarat tetapi penulis tetap percaya dan yakin, yang penulis tidak termasuk di dalam golongan penyebar fitnah! Penulis sentiasa membaca dan mengkaji dan menilai sesuatu berita itu sebelum penulis menganggap ia sebagai berita.

Fitnah itu adalah penyakit masyarakat kita. Lagipun, penulis sentiasa berpegang dan percaya kepada Quran, surah 2 : 191 yang berbunyi ;

“Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar Masjidilharam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.”

Di sini, penulis ingin sekali lagi menegaskan bahawa penulis tidak tertarik langsung untuk menjadi penyampai fitnah kerana fitnah ini adalah sesuatu yang memualkan dan mencemuhkan masyarakat! Apa perlu penulis turut terheret sama dalam isu fitnah menfitnah ini? Lagipun, penulis bukanlah seperti seekor beruk yang diberikan bunga dan memberikan bunga itu kepada beruk betina, mahupun penulis menjadi beruk yang melalak-lalak semasa “tuannya sedang mengadakan jamuan atau majlis”.

Baru-baru ini, Perdana Menteri a.k.a the typical Government servant telah pun bersuara dan menjawab setiap soalan-soalan yang telah dikemukan (benarkah beliau menjawab, atau mengelak José?) kepada beliau oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad a.k.a The Grand Old Man.

Pak Lah a.k.a Perdana Menteri, menerusi rancangan Bersemuka Bersama Perdana Menteri, yang telah disiarkan dalam TV3 baru-baru ini telah membuatkan penulis teringat kepada drama Waiting For Godot, karya Samuel Beckett. Beliau menulis drama ini sekitar tahun 1940an semasa di ambang akhir Peperangan Dunia ke2.

Menerusi drama ini, watak Vladimir dan Estragon sedang menantikan Godot yang kononnya akan datang telah dikunjungi oleh Pozzo, yang membawa seorang manusia, mungkin hambanya (kerana wataknya diikat dilehernya) bernama Lucky. Pozzo kemudian memberitahu mereka bahawa Godot tidak akan datang dan hanya akan datang pada hari lain.

Semasa mereka menantikan Godot ini, Didi (nama manja Vladimir) dan Gogo (nama manja Estragon) telah berbual tentang kehidupan, kematian serta peperangan di dalam dialog-dialog yang agak absurd (José, ia bermaksud sesuatu yang tidak masuk akal atau berlari dari konteks maksud sebenar)

Apa yang menarik di dalam drama ini, serta kaitannya dengan rancangan Bersemuka Bersama Perdana Menteri ini ialah, jawapan-jawapan yang dikemukan oleh Perdana Menteri, begitu absurd! Seabsurd drama Waiting For Godot ini. Kepada mereka yang ingin tahu apa yang penulis maksudkan, layarilah laman-laman web Utusan Malaysia Online atau Berita Harian Online, atau apa sahaja laman web yang menyiarkan interview ini.

YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad, telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah memusuhi parti UMNO yang dipimpinnya selama 22 tahun sebelum ini. Tetapi apa yang ingin beliau lakukan ialah menegur sikap kepimpinan yang ada sekarang. Menurut beliau terdapat segelintir pemimpin ini telah memberikan sokongan tanpa tahu pokok pangkal erti sokongan mereka (main reason why they gave support to the leadership).

"Menurutnya lagi, beliau tidak pernah mengecam atau mengancam UMNO, tetapi hanya tidak bersetuju dengan pemimpin yang didakwanya sudah melencong daripada matlamat dan perjuangan parti. “Saya seorang saja. Tiada siapa menyokong saya. Mengapa mereka takut pada yang satu orang ini,” katanya yang mendakwa ramai orang kini dilarang daripada mendengar ceramahnya.Bagaimanapun kata Dr Mahathir, beliau tidak mempunyai rancangan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara, sebaliknya akan hanya berucap di tempat beliau menerima undangan." (petikan Berita Harian Online – 8/8/06)

Walau apa pun yang akan berlaku, sudah pasti kita akan menantikan drama-drama menarik yang akan “dipentaskan” semasa Mesyuarat Agung Tahunan UMNO yang dijadualkan akan berlangsung selepas Hari Raya Puasa tahun ini.

Untuk menjadi pemimpin bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Ia tidaklah semudah menjaga beruk-beruk peliharaan, mahupun menjaga sekandang lembu! Namun, dengan trend yang berlaku sekarang tidak hairanlah, seandainya penulis diberikan pilihan, penulis lebih rela dan selesa menjaga beruk-beruk peliharaan dan sekandang lembu, dari menjadi seorang Perdana Menteri yang dikelilingi para penyokong yang melaung “kami sokong” tetapi tidak tahu apa yang disokong mereka!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...