Monday 3 July 2006

TENTANG ORANG TENGAH DAN TANGAN-TANGAN DI BELAKANG

Oleh – Hesmel Faznee Ahmad Faisal

Apakah yang dimaksudkan dengan orang tengah? Orang tengah, mengikut kefahaman penulis ialah mereka yang biasanya menjadi agen (kalau main saham ataupun penjualan tanah dan sebagainya) dan menjadi pendamai kepada satu pertengkaran antara satu pihak lain. Mereka ini biasanya adalah orang yang mendapat kepercayaan atau kehadiran mereka ini boleh menimbulkan rasa selesa di antara orang yang berselisih faham ini.

Mungkin ramai yang hairan ataupun merasa pelik, mengapakah penulis membangkitkan persoalan tentang orang tengah ini? Ini adalah kerana “orang tengah” ini ada kaitan di antara perselisihan pendapat antara Perdana Menteri a.k.a Pak Lah a.k.a typical government servant dengan bekas Perdan Menteri a.k.a Che Det a.k.a Tun Dr. Mahathir. Namun begitu, “orang tengah” ini adalah seorang yang menyelamatkan keadaan, dan bukanlah yang menimbulkan masalah, seperti “orang tengah” yang duduk di tingkat empat atau menguasai pasaran makanan halal (siapa yang makan makanan halal, dia rasa sedapnya!).

Seperti yang umum ketahui, Pak Lah a.k.a Perdana Menteri a.k.a typical government servant bukanlah seorang yang kuat, tegas (ramai yang sangka dia tegas, tetapi itu sangkaan sahaja, Jóse!) dan dia seorang yang keseorangan. Tiada kuncu-kuncu yang membantu sebaliknya menyedut dan menghakis kekayaan menggunakan nama Perdana Menteri. Hilang sudah kredibiliti beliau (tetapi bagi ahli UMNO yang kaki bodek, kaki kipas Pak Lah, beliau masih lagi seorang pemimpin yang Had-Hari!) kerana dilanda isu krisis kepimpinan secara senyap dan halus.

Sebagai seorang pemimpin, Pak Lah a.k.a Perdana Menteri a.k.a a typical Government servant harus berani dan tegas menentang semua ujian dan kritikan yang melanda beliau. Tetapi janganlah lari dan pergi bercuti selama dua minggu, terutamanya ke negara yang sering menjadi pengacau dan negara berketurunan penyangak dan penyamun, iaitu Australia! Tidaklah menjadi kesalahan jika Pak Lah a.k.a Perdana Menteri a.k.a a typical Government servant bercadang untuk pergi bercuti bersama keluarga tercinta, tetapi pastikan masalah di dalam negara ini diselesaikan terlebih dahulu.

Seperti yang umum tahu (dari Jalan Tunku Bendahara hingga ke Kelana Jaya) apa yang diminta dan dipinta oleh Tun ialah jawapan-jawapan kepada 4 soalan utamanya. Apakah terlalu susah untuk dijawab atau tidak mahu dijawab kerana sememangnya tidak ada jawapan yang kukuh kepada 4 soalan ini?

Ramai pemimpin UMNO (sebenarnya bukan ramai tetapi segelintir sahaja, Jóse!) sedang mencari jalan untuk menyelesaikan kekusutan yang sedang melanda perselisihan faham antara 2 tokoh yang dihormati ini (seorang amat dihormati kerana 22 tahun kepimpinannya dan seorang lagi sedang bekerja keras untuk dihormati!). Jadi kita kembali semula kepada persoalan pokok, iaitu tentang “orang tengah” yang penulis maksudkan tadi.

Tun Khalil Yaacob, bekas Menteri Besar Pahang (kini TYT Negeri Melaka, untuk rekod beliau berasal dari Pahang dan kini menjadi Gabenor Negeri Melaka, seorang bekas PTD seperti juga Pak Lah a.k.a Pak Lah a.ka typical Government servant!) telah dikenalpasti sebagai mediator untuk membantu mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang berlaku antara kedua mereka ini. Namun usaha ini, menurut Ketua Menteri Melaka Dato’ Seri Mohamad Ali Rustam (Naib Presiden UMNO) perlu dilakukan secara senyap-senyap tanpa intervention dari media kerana bimbang ia disalah tafsirkan atau dimanupulasikan oleh media (Jóse, mana ada media ataupun wakil media yang tidak akan memanupulasikan berita?)

Namun, yang menjadi persoalan ialah, mengapakah harus memanggil semula TYT Tun Khalil kedalam kancah politik semula? Tidakkah ini mencerminkan bahawa UMNO masih lemah dan menunjukkan tidak ada langsung tokoh yang berkaliber dari UMNO untuk menjadi oranng tengah? Mengapakah harus menyeret TYT Tun Khalil kedalam politik semula? Mari kita lihat sebentar tentang peranan TYT atau Tuan Yang Terutama atau Gabenor. Yang di-Pertua Negeri dilantik oleh Yang Dipertuan Agong setelah berunding dengan Ketua Menteri kerana negeri-negeri ini tidak mempunyai Sultan. Yang di-Pertua Negeri dilantik selama sepenggal atau 4 tahun dan boleh dipanjangkan mengikut kesesuaian. Beliau tidak dibenarkan memiliki perniagaan atau keuntungan dan tidak dibenarkan juga bergiat aktif didalam mana-mana aktiviti komersial. Yang di-Pertua Negeri merupakan komponen (DUN) dan mempunyai kuasa untuk mengadakan perhimpunan atau pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Persetujuan beliau adalah diperlukan bagi meluluskan Dewan Undangan Negeri. Yang di-Pertua Negeri juga merupakan Ahli Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong. Kuasa mentadbir negeri dipikul oleh Yang di-Pertua Negeri tetapi fungsi-fungsi pentadbiran boleh diserahkan kepada pihak lain dari segi undang-undang. Gabenor akan melantik ahli Exco bagi menasihati beliau dalam menjalankan peranannya.

Ringkasnya, peranan beliau di dalam negeri adalah seperti wakil kepada Sultan, memandangkan Melaka, seperti juga Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak mempunyai Sultan ataupun Raja. Jadi, mengapakah harus mengheret beliau semula ke dalam pertelingkahan antara dua giants (seorang giant kecil, seorang lagi giant besar) ini?

Ada juga pihak yang mula merasa cemas, jika ditakdirkan Pak Lah a.k.a Perdana Menteri a.k.a Prime Minister a.k.a typical Government servant berbaik semula dengan Tun Dr. Mahathir. Ini kerana, jika ianya berlaku, sudah pasti Pak Lah akan reconsider tentang pembatalan projek cynic bridge dan lain-lain projek yang mendatangkan keuntungan kepada negara. Ia juga boleh dibaca sebagai many possibilities yang akan berlaku, samada tangan-tangan di belakang Pak Lah akan dipatahkan atau dipotong setelah berjaya disedarkan dan dirasionalkan oleh Tun.

Ataupun mungkin ianya akan menghasut Pak Lah semula untuk tidak mendengar dan tidak cuba berbaik semula dengan Tun. Ini kerana, jika perkara ini berlaku terdapat banyak possibilities yang memungkinkan projek cynic bridge ini dimulakan semula (ini hanyalah angan-angan penulis dan tidak mungkin ianya akan menjadi kenyataan!)

Sebenarnya, Pak Lah tidaklah sebodoh seperti yang semua orang sangkakan, dan dia tidaklah terlalu lemah seperti semua orang inginkan (jika dia lemah, sudah pasti dia tidak akan bangun semula dan menjadi Perdana Menteri ke5, walaupun ada orang lain yang lebih “kuat” tetapi tidak menjadi Perdana Menteri!). Cuma mungkin kekurangannya ialah Pak Lah tidak pandai untuk mempunyai prasangka buruk terhadap orang dan Pak Lah dikaburi matanya dan visinya oleh tangan-tangan ini yang disangkakan Pak Lah sebagai tangan-tangan yang “membantu”.

Perjumpaan serta reconciliation antara mereka ini amat penting, kerana kita tidak mahu ianya berpanjangan dan melarat sehingga ia akan menjadi luar dari kawalan Perdana Menteri. Penulis terfikir sejenak tentang Wawasan 2020. Apakah arah tuju yang hendak dibawa Pak Lah a.k.a Perdana Menteri a.k.a typical Government servant? Adakah ia sekadar hanya retorik semata-mata? Jika beliau benar-benar ikhlas hendak membawa Wawasan 2020 ini menjadi kenyataan dan jika benar beliau hendak mewarisi kepimpinan yang telah ditinggalkan Tun dengan cemerlang, maka pastikan setiap pembatalan itu mempunyai rasionalnya dan mempunyai alasan yang kukuh.

Ini kerana, jika setiap pembatalan dan juga mismanagement yang berlaku sekarang mempunyai sebab dan alasan yang kukuh, sudah pasti Tun Dr. Mahathir a.k.a bekas Perdana Menteri a.k.a Che Det tidak akan tertunggu-tunggu dan menanti-nantikan jawapan-jawapan kepada 4 persoalan yang telah diajukan.

Tangan-tangan yang meminta, anda akan dapat apa yang diminta. Tangan-tangan yang mengganggu, jika kebenaran itu ada, ianya tetap akan timbul.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...