RAJUK TAK PERNAHNYA AKU..

Aku tak pernah merasa rajuk,
Aku tak pernah dipinta untuk dipujuk,
Aku pernah tidak pernah memujuk-mujuk,

Masakan aku akan dipujuk,
Pabila aku merajuk,
Mana bisa aku akan dipujuk-pujuk,

Kini semuanya seakan dimengertikan,
Pabila segalanya membosankan,
Dan keadaan sekeliling menimbulkan rasa menyampah,

Tak mungkin, kata mereka,
Mereka hanyut dalam suka,
Sukanya mereka pabila mereka hanyut,

Berapa lamakah harus ada perasaan ini?
Atau berapa lamakah perasaan ini harus ada?
Kau nyatakan dan kau pilihlah yang mana benarnya,

Dari denyutan pertama nadi-nadi kebosanan,
Dari mula-mula kunci merajuk ini akan meletus,
Aku telah pun berkurun merasa bosan dan merajuk,

Buat pengetahuan masa,
Sudah bertahun-tahun aku kau abaikan,
Sudah berkurun-kurun kau aku lupakan,

Kata angin kepada ruang,
Kau hanya pengganggu,
Kepada manusia yang hampir bertemu Tuhan,

Tapi apa sebenarnya yang bukan, bukan?
Di manakah jawapan kepada jawapan bukanmu itu?
Nyatanya tidak kau tidak nyatakan?

Sehingga kini semakin bosan itu kebosanan,
Dan rajuk dan bosan itu bercampur,
Bagai tubuh dan angin roh,

Pasti akhirnya tubuh dan angin roh terpisah,
Pabila Tuhan takdirkan ia berpisah,
Begitu jua bosan itu dan juga rajuk ini...

Cyber Music Asia – 24/7/06

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

ALLAHYARHAM TAN SRI DR P RAMLEE