Thursday 20 July 2006

DARI PERKAHWINAN FAIRY TALES HINGGA KE BACHOK, KELANTAN

Oleh - Hesmel Faznee Ahmad Faisal

Maka, berlangsunglah sudah pengumuman Wedding of the Year a.k.a The Engagement of the Year a.k.a The Mockery Of The Year antara Siti Nurhaliza a.k.a Are You a Fans? dan Datuk Khalid Jiwa (sudah pasti jiwanya sekarang lebih tenteram setelah berjaya beristerikan Siti Nurhaliza!).

Apa yang menarik di sini ialah Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid mempunyai jarak usia yang cukup jauh! Hampir 20 tahun, kurang 2 tahun dari tahun-tahun bekas Perdana Menteri YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad memerintah negara kita dengan baiknya, tanpa perlu tunduk kepada sesiapapun (anybody gets the point here?). Tapi apalah pengertian usia mereka, jika dibandingkan dengan usia Nabi Muhammad dan isteri pertamanya Siti Khatijah!

Di sebalik kepulangan Pak Lah a.k.a Perdana Menteri a.k.a typical Government servant a.k.a the lame duck ke tanahair, penulis yakin, kepulangan Tun Dr. Mahathir a.k.a The Grand Oldman dari cutinya akan mampu untuk mengugat dan menimbulkan rasa cemas kepada Pak Lah a.k.a Perdana Menteri a.k.a typical Government servant a.k.a the lame duck!

Pak Lah a.k.a Perdana Menteri a.k.a typical Government servant a.k.a the lame duck pulang semula ke tanahair selepas hampir 2 minggu lebih berada di Australia menjalani “pembedahan” (ataupun mungkin sedang lari dari tekanan kiri dan kanan?) sinusnya. Beliau disambut oleh hampir 2,000 penyokongnya (Jóse, ahli UMNO ada 3 juta orang dan ini menunjukkan sambutan yang diterimanya tidak sampai 0.001% dari jumlah ahli UMNO!)

Semua orang menantikan kepulangan Tun Dr. Mahathir dengan penuh minat, untuk mendapatkan pendapat beliau tentang beberapa tuduhan yang telah dilemparkan dan direkakan oleh juak-juak politik Pak Lah a.k.a Perdana Menteri a.k.a typical Government servant a.k.a the lame duck. Antaranya ialah tuduhan Tan Sri Tajuddin Ramli tentang pembelian syarikat penerbangan nasional MAS yang disifatkan beliau sebagai national service dari Tun Dr. Mahathir.

Selain dari itu, mereka juga ingin cuba mengupas pendapat beliau tentang surat-surat yang telah pun “diklasifikasikan” oleh Kerajaan. Semua tahu surat-surat tersebut telahpun disiarkan oleh Kerajaan Singapura, melalui pamplet mereka untuk menjelaskan tentang isu paip dan air antara kerajaan Malaysia. Jadi, di manakah letaknya diklasifikasi di sini?

Semuanya ini menambahkan lagi klimaks dan juga drama di dalam episod politik tanahair, yang dilihat semakin lama semakin bertambah plotnya (Jóse, itulah yang dikatakan as the plot thickens!). Penulis tidak ingin menumpukan perhatian kepada isu-isu ini tetapi penulis ingin melihat di antara bait-bait kata di sebalik konflik ini (Jóse, the whites refers is as read between the lines!).

Orang-orang media telah berjaya menggunakan peluang untuk mengalihkan perhatian orang ramai dari memberikan perhatian terhadap isu jambatan ini ialah pengumuman pertunangan Siti Nurhaliza a.k.a Are You a Fans? dengan Datuk K.

Orang ramai sekarang sudah tidak memberikan perhatian tentang jambatan bengkok, tapi lebih menumpukan kepada cerita cinta kayangan antara Datuk K dan Siti a.k.a Are You a Fans! Apa yang nak dihairankan kalau jambatan itu tidak jadi dibina? Apa yang hendak dibisingkan kalau pelaburan di Singapura terus berkembang? Apa yang hendak dirunsingkan jika Singapura terus menekan dan memperlekehkan kita? Mungkin itu yang dipersoalkan oleh layman ataupun mungkin seorang remaja dari Kulim, Kedah yang terlalu ingin menjadi seperti Siti Nurhaliza a.k.a Are You a Fans?

Lebanon, telah diserang dan dihenyak oleh Israel kerana negara itu percaya puak Hizbullah telah merangka untuk menyerang Israel. Kedutaan Israel di Singapura menjelaskan Israel mengambil tindakan ketenteraan ke atas Lebanon setelah gerila Hezbollah melakukan serangan provokosi terlebih dahulu. Israel melihat Lebanon sebagai 'bertanggungjawab membiarkan kawasan selatannya dikuasai puak Hezbollah yang tidak henti-henti melancarkan serangan roket dan peluru berpandu ke Israel, termasuk di Haifa'.

Menurut Duta Israel ke Singapura (anyone who like to deny Singapore IS an Asean version of Israel please stand up!) Ilan Ben Dov, gerila Hezbollah telah melancarkan serangan pada 12 Julai lalu hingga mengorbankan tiga askarnya manakala dua lagi telah diculik. Sejak itu, gerila Hezbollah terus melancarkan serangan-serangan roket ke Israel hingga mengorbankan orang awam Israel. Menurut Ben Dov, Israel terpaksa menyerang Lebanon kerana pemerintah negara itu gagal menghentikan serangan gerila Hezbollah terhadap Israel.

Apakah rumusan dan tafsiran yang dapat dibuat oleh pembaca Bacalah tentang perkara ini? Bagi penulis, ia merupakan satu tafsiran dan konsep, “Dari hang serang aku dulu, baik aku serang hang!” . Itu yang dapat penulis tafsirkan.

Namun begitu, itulah yang biasanya dilakukan oleh seseorang sebelum orang lain menyerang mereka. Dan seperti biasa, umat-umat Islam, serta negara Islam hanya melihat dan hanya mampu mengeluh sahaja. Mengeluh!? Mungkin ada juga sinonimnya singkatan Pertubuhan Negara Islam Malaysia (atau dalam bahasa Inggerisnya Organization Of Islamic Countries) itu adalah O.I.C atau Oooo..I...See..

Ramai yang berasa terusik dan tidak berpuas hati disebabkan Pengerusi OIC tidak mengambil sebarang tindakan Israel keatas Lebanon. Tapi itu tidaklah menjadi persoalan kerana masing-masing ada hak untuk pergi bercuti, tetapi yang menjadi persoalan ialah mengapakah Pak Lah a.k.a Perdana Menteri a.k.a typical Government servant a.k.a the lame duck kerap bercuti semenjak menjadi Perdana Menteri? Terukkah memerintah negara ataupun mungkin beliau tidak begitu fit untuk menjadi seorang Perdana Menteri?

Kanak-kanak malang yang bernasib baik dari Indonesia, Elis Rochita Sari telah selamat menjalani pembedahan mengalirkan cecair otak ke ususnya. Bertuah badan kanak-kanak kecil ini kerana dari 207.4 juta rakyat Indonesia, dia telah “dipilih” untuk menjalani pembedahan membetulkan hidungnya.

Kisah Elis ini didedahkan oleh koran (Jóse, koran tu bermaksud makalah atau akhbar dan bukanlah usaha penulis memperkecilkan kitab kecil Al-Quran!) Utusan Malaysia manakala usaha membawa Elis menjalani rawatan di Malaysia diusahakan sendiri oleh Datok Ahmad Zahid (Timbalan Menteri Perlancongan, kalau kau tak tahu Jóse!) ketika beliau dan sekumpulan pegawai serta pakar perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melawat kanak-kanak itu di rumahnya di Dapok, Gilangharjo, Pandak, Bantul Indonesia.

Apakah yang istimewanya tentang kanak-kanak ini? Maaf, penulis bukan tidak mahu rakyat Malaysia mempunyai sifat “good Samaritan” (Jóse, ia memberi pengertian orang yang sering membuat baik kepada orang lain!) kepada orang yang mengalami kesusahan, cuma bukankah lebih baik kita memberikan pertolongan dan menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia sendiri?

Bukankah di Malaysia sendiri terdapat ramai lagi kanak-kanak kecil yang mendambakan pertolongan orang ramai dari kesusahan dan juga kesakitan yang mereka alami? Mungkin ramai yang berpendapat, tidak mungkin di Malaysia, di tanahair yang tercinta (hinggakan ada orang sanggup menjualkan negara kepada Singapura, Jóse!) ada orang susah, orang malang dan lain-lain.

Program Bersamamu yang disiarkan di TV3 tiap-tiap hari Selasa misalannya. Itu hanyalah lakonan semata-mata bukan? Ia juga untuk meraih simpati rakyat dan mengutip rating, bukan? Semuanya itu lakonan semata-mata, bukan? Well, you’re wrong! Ini hanyalah satu ungkapan sarcastic dari penulis. Sebenarnya memang di Malaysia terdapat ramai orang Malaysia yang memang memerlukan pertolongan. Jika tidak, program Bersamamu takkan sampai ke season 2!

Mengapakah sejak kebelakangan ini, UMNO khususnya hanya sibuk mencari orang-orang miskin dan susah di Indonesia sahaja? Jika mereka berniat untuk membantu, well, I have some bad news to tell them. Bersediakah mereka untuk membantu berjuta-juta lagi rakyat Indonesia yang memerlukan bantuan?

Mengapakah begitu banyak “tabung-tabung” ditubuhkan tetapi hasil dari tabung itu tidak diketahui kemana perginya? Ini menunjukkan petanda yang terdapat segelintir rakyat Malaysia memang berniat baik untuk menderma dan terdapat juga segolongan rakyat Malaysia yang memang ikhlas untuk menggelapkan wang-wang tabung itu.

Ayuh kita ke Kelantan sebentar. Kementerian Pengajian Tinggi telahpun membuat keputusan untuk mendirikan sebuah universiti di Bachok. Menurut menterinya, Datuk Mustapa Mohamad, ia akan menjadi kampus induk bagi universiti yang bakal didirikan manakala Jeli akan menjadi kampus cawangannya. Dua tempat di satu negeri yang sama!

Penulis hairan, mengapakah Datuk Mustapa tidak menjadikan Jeli, kawasan Parlimen beliau dijadikan kampus induk? Walaupun Bachok kini diwakili calon Barisan Nasional, Datuk Awang Adek Hussein namun Bachok juga diketahui umum sebagai kawasan kubu kuat parti PAS. Ini juga mungkin akan menambahkan lagi intrig politik di situ, terutamanya di kalangan para penuntut yang bakal menduduki universiti ini.

Kita juga tahu bahawa di universiti-universiti tempatan sekarang, lebih dari 40% penuntutnya berasal dari Kelantan dan kebanyakannya adalah pro pembangkang. Ya, penulis tahu kebanyakan kerusi MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) dimenangi pro kerajaan tetapi hakikatnya mereka tetap menyokong sentimen pembangkang! Ini ditambahkan lagi dengan kemelut politik yang berlaku sekarang nampaknya lebih menyebelahi pembangkang.

Umum perlu sedar bahawa golongan pelajar universiti ini adalah kumpulan atas pagar dan kumpulan immatured yang mudah teralun dengan ideologi-ideologi serta retorik yang hanya “sedap didengar dan sedap dihayati” tetapi payah untuk direalisasikan dan apa yang berlaku sekarang sudah pasti akan membuatkan mereka dialun nyenyak dengan retorik-retorik pembangkang mahupun Kerajaan Hut-hairy ini.

Jadi kita berdoa moga-moga Kerajaan “bijak” untuk mengawal penuntut-penuntut ini dari diracuni ideologi pembangkang yang kerap mencari kesempatan untuk menangguk di air yang keruh! Penulis sedar dan insaf, ramai “Kelantanese” sekarang menduduki tempat-tempat penting dan tinggi, baik di institusi kerajaan mahupun swasta. Tetapi penulis juga benar-benar berharap mereka ini akan berubah dan membuka minda mereka dari menjadi terlalu bersifat “assabiyah” (Jóse, ia bermaksud terlalu kenegerian!)

Alangkah bahagianya negara kita jika mereka sedar tentang kebolehan dan kecerdikan mereka. Serta kesanggupan mereka untuk meninggalkan sifat “assabiyah” mereka ini? Penulis yakin, jika Sukarno pernah berkata “berikan aku 10 orang pemuda Indonesia, aku mampu menggoncang dunia”, tidak hairan jika Perdana Menteri Malaysia yang akan datang (sudah pasti ia bukannya seorang alumni Oxford!) akan mampu juga berkata, “berikan aku 10 orang pemuda dari Kelantan yang berfikiran progresif dan moden, aku mampu untuk menggoncang, mengocak, menawan dan mengawal dunia!”

Alangkah indahnya mimpi ini seandainya ia disulami satu tidur yang panjang dan begitu selesa!

Kita kan tersesat, pabila malam menjemput bulan semula ke sangkar waktu – The Salam Connection

1 comment:

Anonymous said...

Assabiyah ?

Mungkin saudara perlu mengkaji lebih lanjut peribadi dan budaya orang Kelantan...

Tidak sedikit wakil rakyat yang bukan asal Kelantan yang menang di negeri Kelantan.

Dan tidak hanya satu parti sahaja yang pernah berkuasa di negeri Kelantan, saling bersilih ganti sebagai bukti keberanian orang Kelantan berpolitik ( bagaimana pula dengan Melaka dan Johor ? Tidakkah itu lebih Assabiyah ? )

Quote :
" Kalau di Universiti ramai kawan-kawan menyatakan bahawa orang Kelantan ni mengamalkan perkauman dan sukar untuk bergaul dengan orang luar. Apabila hampir 7 tahun berulang-alik ke sana tidak pula saya nampak sifat perkauman itu, yang nyata sifat penyatuan mereka yang kuat. Cuma sesetengah kita sahaja yang tidak mahu mengubahkan diri bersesuaian dengan kandang yang dimasuknya. Tak kan masuk kandang kambing nak menguak..Sendiri mau ingatlah!! "

Sumber :
http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_e0621b08-7f000010-c0e88800-8c59cde4

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...