Thursday 8 June 2006

TUN MARAH KAAA..?

Oleh – Hesmel Faznee Ahmad Faisal

Tun Dr. Mahathir marah lagi. Tapi kali ini beliau betul-betul marah. Siapa yang tak takut kalau beliau marah. Dulu mungkin orang takut, sekarang marahnya persis seorang tua yang marahkan cucunya (teringat penulis filem X-Men 3, yang penulis tengok baru-baru ini, apabila Magneto hilang kuasanya dan masa scene akhir filem itu, beliau ditampilkan sebagai seorang tua yang telah hilang kuasa dan bermain catur) dan seorang tua yang grumpy nya masih lagi menyengat! Semenjak Tun bersara, beliau kerap marah atau merasa panas dengan isu-isu yang berlaku sekarang (sabaq-sabaq la Tok Det noo…depa memang Melayu, yang mudah lupa!)

Banyak akhbar menyiarkan kegusaran Tun secara terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi. Ada yang menyiarkannya dari sudut yang berunsur political vendetta dan ada yang menyiarkannya dari sudut sensasi. Apa yang menarik perhatian penulis ialah bagaimana akhbar The New Straits Times (NST) menyiarkan gambar besar Tun dari sudut tepi dan difokuskan secara dekat (extreme closeup) wajah beliau. Mengingatkan penulis semasa majalah sensasi kaum neoimperialis Time Magazine yang menggambarkan beliau sebagai seorang yang nyanyuk dan tua serta tidak layan menjadi Perdana Menteri lagi.

Adakah itu yang cuba hendak digambarkan oleh akhbar NST atau kebetulan Tun digambarkan sebagai seorang grumpy old man yang tidak layak mendapat sebarang perhatian dari media? Banyak faktor yang menyebabkan beliau marah kepada Datuk Seri Abdullah Badawi a.k.a Pak Lah. Antaranya ialah seperti projek-projek mega yang dibatalkan atau ditangguhkan (sebenarnya dibatalkan tapi being a politician, Pak Lah kenalah kata ditangguhkan.) yang pernah dirancangkan semasa Tun menjadi P.M dan Pak Lah menjadi TPM yang setia.

Mengapakah perkara ini berlaku? Terdapat ramai pihak yang mengadu-adukan tentang kelembapan ekonomi kebelakangan ini serta kesan apungan wang ringgit di pasaran antarabangsa. Adakah ini merupakan kesilapan yang paling besar pernah Pak Lah lakukan semenjak beliau dilantik menjadi Perdana Menteri? Ramai yang mengadu tentang kenaikan barangan semenjak harga minyak naik melonjak dengan tinggi dan ramai yang terpaksa mengubah gaya hidup mereka (Jόse, gaya anda sangatlah tinggi jika dibandingkan dengan gaji yang anda perolehi sebagai seorang kerani pejabat peguam!) Ada yang berpakaian seolah bergaji RM5000 walhal hakikatnya dia hanya dibayar gaji sekitar RM1000 (itupun belum cukup, Jóse! )

Kita terpaksa akui, hidup di kota memanglah mencabar dan cost of living di sana adalah jauh lebih tinggi dan lebih memeritkan jika dibandingkan hidup di pekan Kulim, Kedah mahupun hidup di Sungai Seputeh, Sungai Bayor, Selama Perak! (kedua tempat ini adalah kampung halaman ayah dan ibu penulis!) Bayangkan, penulis minum teh dengan sepotong atau dua kuih berharga tak lebih dari RM1! (itu di Sg Bayor, JÓse! Kalau di Kuala Lumpur, jangan mimpilah nak merasa kuih abuk-abuk dan teh O dengan harga RM1!)

Namun begitu, apabila Kerajaan menyuruh kita mengubah cara hidup kita, penulis tertawa lantas menangis. Ia umpama hendak menyuruh seorang kanak-kanak yang dari kecilnya dimanjakan ibu-bapanya dengan pelbagai hadiah dan kemudahan tiba-tiba terpaksa hidup dalam keadaan berjimat cermat! Siapakah yang bersalah dalam perkara ini? Adakah rakyat, pemimpin, media, pengaruh sekeliling ataupun propaganda?

Sudah pasti kita akan kelihatan seperti seorang bodoh dan kurang berilmu jika kita mencadangkan suapaya rakyat mengubah cara hidup dengan berjimat cermat (penulis tiada masalah kerana gaji penulis sekadar cukup-cukup makan) serta bergerak ke sana ke mari menggunakan pengangkutan awam. Kalau pengangkutan awam kita ini seperti negara Jepun tidaklah menjadi hal. Tetapi pengangkutan awam kita, God knows bilakah ianya akan sampai tepat pada waktunya!

Tapi pokoknya di sini ialah adakah wajar seorang pemimpin melaung-laungkan kita supaya mengubah cara hidup tetapi tidak memberikan contoh yang baik untuk diikuti! (Bukankah kepimpinan melalui teladan?) Tapi janganlah bangkitkan pula isu menteri kena naik basikal pergi ke tempat kerja (Think out of the box Jóse!)

Sebaliknya berikan penekanan tentang elaun-elaun yang tidak penting itu wajar dihapuskan atau dikurangkan kepada ahli-ahli Parlimen serta menteri-menteri ini. Penulis rasa jika perkara ini dilakukan, barulah mereka dapat mengubah cara hidup mereka dan dalam masa yang sama kita turut boleh meniru cara dan gaya hidup mereka. Bayangkan, seorang ahli Parlimen, Menteri atau sesiapa sahaja yang berada di dalam dewan keramat (Parlimen ler tu, Jóse) terpaksa hidup berjimat cermat, persis seorang rakyat yang gajinya terpaksa dipotong untuk cukai itu dan cukai ini, caruman itu dan caruman itu, potongan itu dan potongan ini.

Penulis yakin, rakyat akan pasti menghormati pemimpin itu yang memang mempunyai ciri-ciri berjiwa rakyat dan ianya bukan sekadar laungan ataupun retorik yang tidak membawa apa-apa erti. Namun begitu, dalam masa yang sama mereka akan mempunyai kecenderungan untuk berbelanja di dalam negara sahaja dan bercuti di dalam negara sahaja. Maka dengan itu barulah kita mampu membangunkan ekonomi di dalam negara. Persoalan tentang harga petrol naik itu sebenarnya boleh diatasi. Hanya kecerdikan serta kebijaksanaan kita yang mampu mengatasi masalah kenaikan minyak. Harganya akan tetap naik, bagai usia kita yang hari demi hari, tahun demi tahun meningkat dan meningkat!

Tetapi apa yang mampu kita lakukan ialah dengan mempunyai perjalanan yang berhemah. Kadangkala penulis tidak faham. Apakah perlu seseorang untuk keluar pada waktu malam hingga ke dinihari? Bayangkan, jika kita mengisi minyak (contoh :- kereta penulis yang kalau diisi minyak sebanyak RM40 akan mampu membolehkan penulis bergerak untuk tempoh seminggu!) dan hanya perlu keluar ke tempat yang penting sahaja, kita sudah mampu untuk menjimatkan wang kita bagi perkara-perkara yang lain.

Benar, seorang yang bujang (seperti penulis) dan yang berkeluarga amat berbeza gaya hidupnya. Tetapi jika kita mengikis sikap pentingkan diri sendiri sifat berkira, kita mampu untuk berkongsi kereta ke tempat kerja. Memang ada yang mengadu, susah, payah dan beribu alasan yang boleh dibangkitkan dan difikirkan. Tetapi adalah tidak masuk akal jika seorang itu yang tinggal di Shah Alam, di Seksyen 7 tidak mempunyai jiran yang bekerja di tempat atau kawasan yang sama?!

Berbalik kepada Tun Dr. Mahathir yang marah-marah dan tidak berpuashati dengan Datuk Seri Abdullah Badawi a.k.a Pak Lah a.k.a Perdana Menteri. Mungkin beliau mempunyai sebab yang kukuh untuk merasa marah atau mungkin sememangnya beliau tidak begitu yakin dengan kepimpinan Pak Lah. Ada banyak kemungkinan yang hanya Tun sahaja yang tahu.

Tetapi apa yang jelas, semenjak Datuk Seri Abdullah a.k.a Pak Lah menjadi Perdana Menteri, beliau telah mencuba sedaya upaya untuk memajukan dan membangunkan negara mengikut acuan dan cara beliau.. Tun sepatutnya memberikan peluang kepada Pak Lah memimpin negara mengikut cara beliau. Namun apa yang menjadi persoalan dan menjadi gangguan ialah political vultures yang berterbangan di sekeliling Pak Lah.

Mereka inilah yang menjadi gangguan ataupun seumpama “lalat-lalat” yang berterbangan di keliling Pak Lah. Mungkin juga “lalat-lalat” ini terlalu banyak, mengakibatkan Pak Lah menjadi takut untuk menghalaunya kerana takut beliau dijangkiti penyakit yang dibawa “lalat-lalat” ini. Ataupun mungkin vultures yang beterbangan di keliling Pak Lah terlalu besar dan terlalu berpengaruh hingga mampu untuk “meratah” Pak Lah?

Beliau umpama di padang pasir dan berseorangan di padang pasir itu. Semenjak kematian isteri beliau, Pak Lah seperti telah kehilangan semangat untuk menjalankan kerjanya sebagai Perdana Menteri. Mungkin beliau bekerja keras semata-mata untuk melupakan kesedihan yng dihadapi akibat kehilangan isteri yang tersayang? Tun Dr. Mahathir sepatutnya memberikan sokongan kepada Pak Lah. Ataupun mungkin di dalam perhubungan antara Pak Lah dan Tun Dr. Mahathir, wujud orang ke3 yang sebenarnya melaga-lagakan mereka berdua?

Mungkin orang ke3 itu, yang sedang meningkat naik ke atas takhta politik, sanggup memijak kepala bapa mertuanya demi mencapai nafsu politiknya yang membara dan Tun Dr. Mahathir dianggap sebagai tua kutuk yang tiada nilai langsung di sisi kepentingan politiknya? Tidakkah ini satu peristiwa yang dianggap dejavu? Mungkinkah?

Kita kan tersesat pabila malam menjemput bulan semula ke sangkar waktu – The Salam Connection.

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...