Wednesday 24 May 2006

The Salam Connection

Selamat pulang,
Lama benar jiwa ini terpelanting,
Kemari semula setelah dipujuk kewarasan,

Selamat pulang,
Dan kini ku lihat penuh sudah kantong persoalan,
Tak perlu rasanya dipersoalkan lagi,

Dari bekas sisa senja semalam,
Baru kini ku mengerti dengan secukupnya,
Ini bukan lagi satu igauan songsang,

Waktu memesong akal laraku,
Langsung tidak memberikanku,
Peluang untuk menelusi dinding illusi,

Kemungkinan kita kan tersesat,
Pabila malam menjemput bulan,
Semula ke sangkar waktu,

Biarlah esok itu pergi,
Kerna semalam,
Telahpun meninggalkan ku,

Tak perlu ku bicara lagi,
Andai keamanan tiada telus daranya,
Seolah telah mendendami apa yang telah berlaku,


Dan semakin kau memahami,
Semakin ku rasai bara api bingungmu,
Untuk apa kau jeritkan lagi?

Kerna semalamlah yang telah memberi,
Apa yang perlu kau ketahui,
Ketahuilah sekarang,

Dan langsung di dalam kesemakan akal mati ini,
Terlihatlah semakin jelas sekarang,
The Salam Connection.....

- Ditulis sebulan selepas menjalani pembedahan A.V.M (Atrovenous Malformation) pada 20th Ogos 1998 -

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...