Buat Seorang Sahabat..

Buat seorang sahabat,
Kau juga bernama teman,
Jauh sekali bergelar seteru,
Tiada pernah bernama musuh,

Buat seorang sahabat,
Perjalanan hidupmu berganjak lagi,
Dari kembara alam fantasi,
Kini meniti padang realiti,

Buat seorang sahabat,
Kau bisa namakan apa saja,
Yang tiada kita pernah harungi,
Segalanya telah, pernah dan jua pasti,

Buat seorang sahabat,
Hari ini adalah harimu,
Penentu kepada kekukuhan cintamu,
Pabila dua hati menjadi satu,

Buat seorang sahabat,
Kau keseorangan tiada lagi,
Yang berjauhan dulu bersatu kembali,
Peganglah ia sehingga kau pergi,

Buat seorang sahabat,
Pinta mereka dari dalam diri,
Bisalah kiranya kau layarkan sendiri,
Ke dalam alam yang benar dan yang pasti..

(12.12.03 – 1145am hrs) For a true friend’s wedding

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

PEMIKIRAN KREATIF