Antara Wilma dan Waima..

Tanggunglah,
Sekurun-kurunnya,
Kesilapan yang pernah menjadi kebenaran,

Eugenic,
Semalaman menantikan,
Jalanan dan perjalanan,
Untuk tumpang ke syurga,

Antara wilma dan waima,
Mana sempadan,
Manakan ku tahu,
Seketika hanyut pada satu arah,

Dan dari situ,
Merubah-rubah,
Hukum jadikan sampingan,

Terbanglah selagi terdaya,
Menghala mimpi yang masih berpusat,
Antara hakam dan kekasihnya,
Dulu dongeng yang sebenar,

Mabuk kali ini,
Bukan yang berterusan,
Amuk kali ini,
Bukanlah diusik,

Marah kali ini,
Bukanlah kerna seorang,
Songsang kali ini,
Akhirnya akan terlepas dan melepas..

- 21/3/1998-

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

ALLAHYARHAM TAN SRI DR P RAMLEE